Saturday, August 22, 2009

HARGA SEBUAH IMAN...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ni saya ada sedikit kesempatan untuk mengisi sedikit masa yang ada dgn perkara2 yg bermanfaat...tiba2 terjumpa artikel ni..ada byk pengajaran untuk perbaiki diri..
jgn memudah2kan sesuatu perkara walaupun nampak macam remeh padahal sebenarnya benda tu sangat memberi impak yg besar..

Alkisahnya.....

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telahdipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi kemasjid.Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalambas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yanglebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepadadirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak belitosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bastersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling kearah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadikamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandubas tersebut.“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit jenilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wangtersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengajamemberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamuwahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkandaku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20sen!!!.


Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa diatas?
Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


” DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT “