Monday, August 24, 2009

RAMADHAN..

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa"
-Surah Al-Baqarah ayat 183-



Ramadhan tiba lagi...Syukur Alhamdulillah masih ada rezeki dan kesempatan untuk kita bertemu bulan Ramadhan tahun 1430H ini..Marilah kita sama-sama melipatgandakan dan menambahkan amalan kita yang tak seberapa ini..

Bulan Ramadhan-Apa yang kita tahu,amalan yg sinonim semasa menempuhi bulan ini adalah ibadat Puasa dan juga Solat Terawih...Selain daripada amalan-amalan ini, kita juga turut digalakkan agar menambahkan amalan-amalan sunat seperti solat-solat sunat, bersedekah,bertadarus dan juga melakukan amalan-amalan baik yang lain. Sewajarnya bulan yang mulia ini dijadikan platform yang membawa kita ke arah yang lebih baik...Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga(orang cakap bukan 'puasa perut' sahaja),tetapi puasa jg adalah menahan diri dari mengikut hawa nafsu...

Selain dari melakukan amalan-amalan sunat, kita juga dituntut untuk melatih diri kita mengamalkan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat yang baik yang disukai Allah dan menghindarkan diri daripada sifat mazmumah .Sebagai manusia, kita pasti punya sifat amarah. Justeru, dalam bulan Ramadhan ni, kita seharusnya melatih diri untuk mengawal sifat mazmumah ini. Sifat memaafkan orang lain juga adalah sifat yang sangat disukai Allah.

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan(orang lain),maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"
- Surah An-Nisaa' ayat 149-

Umumnya, kalau tiba sahaja bulan puasa ni, mesti akan wujudnya bazar yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Macam-macam ada..kita pun jadi rambang mata..kalau boleh satu bazar nak beli...macam-macam yang kita inginkan..sesetengah orang tu beli sampai tak menang tangan nak pegang...kalau habis semua makanan tu dimakan,alhamdulillah..tapi kalau berlebihan, membazir pula jadinya...bagi mengelakkan pembaziran berlaku, kita boleh tukar menu juadah puasa kita setiap hari..dengan demikian dapatlah kita merasa semua juadah yang kita inginkan(",)..

p/s: mengingatkan diri sendiri juga..

No comments: